Tuesday, July 22, 2008

Proper lots for hawkers

Regatta Sarawak: 183 tapak penjaja disedia Utusan Malaysia 21 Julai 2008

KUCHING Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menyediakan sejumlah 183 tapak penjaja bagi menjual aneka barang, makanan serta minuman di dua lokasi sempena sambutan Regatta Sarawak yang berlangsung di Sungai Sarawak, pada 1 hingga 3 Ogos ini.Pegawai Perhubungan Awam DBKU, Norhayati Bidin berkata, dua lokasi yang telah dipilih itu adalah di Jalan Main Bazaar dengan 115 tapak penjaja, manakala satu lagi di India Street Mall dengan 68 tapak.
Menurutnya, tapak-tapak penjaja di Jalan Main Bazaar pula akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Zon A, B dan C.
''Bagi Zon A, sebanyak 20 tapak disediakan untuk penjaja dan agensi-agensi yang mahu membuat promosi atau jualan produk mereka, manakala Zon B pula, 30 tapak disediakan untuk penjaja yang menjual barang kering seperti tekstil dan makanan bungkus.
''Sementara itu, Zon C yang memperuntukkan 65 tapak adalah untuk mereka yang menjual makanan dan minuman," kata beliau dalam kenyataannya.
Norhayati berkata, bagi tapak yang disediakan di India Street Mall pula adalah untuk mereka menjual produk tekstil dan makanan bungkusan.
Katanya, kesemua tapak yang disediakan itu akan dikenakan bayaran sebanyak RM60 selama tiga hari dan penjaja yang berminat perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.
Beliau menambah, mereka yang berminat dikehendaki membawa satu salinan kad pengenalan dan dua keping gambar berukuran pasport.
''Penjaja yang terlibat dalam proses pengendalian makanan dikehendaki menjalankan pemeriksaan kesihatan dan borang pemeriksaan perlu dikembalikan pada hari cabutan undi untuk tapak di Auditorium DBKU, pada 28 Julai ini,'' katanya.
Dalam pada itu, beliau seterusnya memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penjaja yang berniaga tanpa permit di kawasan tersebut.

Pastikan tindakan tegas diambil...

Use to have trouble dealing with the illegal hawkers...

No comments: